Pages

Subscribe:

Followers

09 October 2012

KONSERT ZiKiR TERAPI HAFiZ HAMiDUN



HAFIZ HAMIDUN bakal tampil dengan konsert solo pertamanya iaitu “Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun” . Konsert ini akan berlangsung pada 14 November 2012 bersamaan 1 Muharram 1434H, bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam.



Kepada yang berminat untuk menyaksikan konsert ini, tiket berharga  RM125, RM100, RM75 dan RM50 boleh dibeli secara dalam talian di www.airasiaredtix.com. Tiket juga akan dijual di pintu masuk utama pada hari konsert tertakluk  kepada baki tiket yang ada. Terhad kepada 2000 penonton sahaja.

Kalau ada yang berminat nak jadi penaja konsert ni @ nak tahu info2 lain, boleh hubungi pihak penganjur, Arteffects International di talian 012 – 225 1297/03 – 7727 1297 atau email ke newmedia@arteffects.com.my. @ follow twitter @hafizhamidun

Klik SiNi utk tempahan tiket . 

02 October 2012

Happy 25th Birthday! 02-10-2012

Assalamu'alaikum....

Alhamdulillah. Hari ni genap berumur 25tahun. Terima kasih Allah atas segala nikmat kurniaanMu.

Bismillahirrahmanirrahim....

" Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku..dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu..Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah..namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan.Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini.. aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang semakin jauh ini..aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia semakin meningkat ini aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Malik. Yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekhusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi..

Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini..pimpinlah hati hambaMu ini..pimpinlah langkah hambaMu ini agar sentiasa berpijak di atas kebenaran. Ya Al Quddus...sebagai hambaMu yang hina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku.. bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela..
Ya Al-Hakim..Hulurkan kepadaku kebijaksanaan agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah, atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya..peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu..Terimalah permohonan hambaMU yang serba kekurangan ini Ya Tuhanku..
Amin Ya Rabbal 'Alamin...."


Terima kasih atas doa dan ucapan yang diberikan. Semoga Allah memberkati kita semua.... :)