Pages

Subscribe:

Followers

19 August 2012

EID MUBARAK! :)


Assalamua'laikum....

Dear all,

Its a time for reflection & a time for forgiving.
Wishing all of u Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Maaf Zahir Batin.


Safe journey and driving. Happy Holidays. 

10 August 2012

Zikir Para Perindu Syurga oleh Abd Halim Ahmad

Assalamua'laikum... 

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Abd Halim Ahmad bakal muncul dengan album solo pertama beliau. Album terbaharu beliau yang berkonsepkan zikir ini menghimpunkan 9 buah track alunan zikir dengan diiringi  sentuhan muzik hasil ciptaan sendiri beserta satu track bonus iaitu sebuah lagu berjudul Dalam Sujud Cintaku yang dirakamkan semula.


Album ini merupakan terbitan sepenuhnya oleh Neurotic Studio. Dapatkan buah tangan istimewa dari Halim pada harga RM19.90. Sila emailkan tempahan ke halim.devo@gmail.com .


AA : Sedang menanti album ni sampai depan pintu rumah! :)

Ramadhan oh Ramadhan ....

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah. Masih bernafas hingga saat ini. Sedar tak sedar, dah masuk fasa ke 3 Ramadhan. Bagaimana penghayatan kita pada Ramadhan kali ini? Adakah lebih baik dari tahun yang sudah? Adakah kita berusaha untuk melakukan sesuatu untuk meningkatkan ibadah  kita? Atau adakah ianya masih sama seperti tahun lalu? Atau Ramadhan kita yang lalu lebih baik? Fikirkanlah..renungkanlah...Tanyalah pada hati, apakah kita termasuk di dalam golongan yang mencintai Ramadhan, sehingga memohon pada ALLAH agar tidak dihentikan nafas agar dapat menikmati Ramadhan hingga pengakhiran? Alangkah ruginya jika seseorang itu tidak menggunakan kesempatan ini sepenuhnya. Ramadhan masih berbaki beberapa hari lagi . Ayuh.... manfaatkan sebaiknya. Carilah Lailatul Qadr... " don't focus on what you've missed , but focus on what you can still catch" !


AA : May Allah bless us all in this Ramadhan, accept our dua's and forgive our sins. Amin....