Pages

Subscribe:

Followers

23 July 2012

i'm back.... :)


Assalamua'laikum...


Berbulan-bulan tidak berkongsi apa-apa di sini. Sunyi sepi. Ahh..bukan sengaja tidak mahu mencoret. Bukan tiada kisah yang ingin dikongsikan. Tapi oleh kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan untuk berkongsi di sini. Banyak perkara lain yang memerlukan perhatian. Sibuk dengan pekerjaan tetap,kerja-kerja online,keluarga tercinta malah diri sendiri juga yang perlukan lebih perhatian. Juga memberi ruang pada diri untuk membuat perubahan yang lebih positif. Lebih baik dari sehari ke sehari. Insyaallah.. Doakan. Semoga diri ini istiqamah.


Kepada yang masih setia mengikuti blog ini (ada ke? ) , terima kasih. Mencoret yang entah apa-apa pun masih ada follower. Terima kasih dan terima kasih. Oh ya.. Di kesempatan ini juga, diucapkan Salam Ramadhan Kareem untuk semua. Hari ni hari ketiga berpuasa. Alhamdulillah. Syukur, masih diberi kesempatan olehNya untuk menjalani ibadah puasa. Moga nafas berpanjangan untuk terus mengecapi nikmat Ramadhan. Ayuh, rebut peluang di bulan mulia ini. Tingkatkan amalan, mantapkan diri. Perbanyakkan zikir, perbaiki diri, jangan sia-siakan. Alangkah rugi jika tidak memanfaatkan Ramadhan ini. 



Okayla.. Insyaallah, selepas entry ni, akan diusahakan untuk sentiasa update. Berkongsi itu ini, copy paste ilmu-ilmu yang bermanfaat dari blog-blog yang diterjah. Sehingga bertemu lagi.....

AA : itu ini begitu begini.

0 comments:

Post a Comment