Pages

Subscribe:

Followers

16 September 2011

17 Ogos 2011 - 16 September 2011 ( 17 Ramadhan -18 Syawal 1432h)

Assalamua'laikum...
Baba n Ummi yg sgt2 penyayang....
Pejam celik..pejam celik... Hari ini sudah genap sebulan baba pergi. Pergi menemui Sang Pencipta. Pantasnya masa berlalu... Sedih, pilu, menyelubungi diri. Tiada panggilan telefon.. Tiada gelak tawa. Tiada kata nasihat. yang tinggal, hanya memori bersama. semoga baba aman dan tenang di sana. Alfatihah...

Di rumah, terasa seperti baba hanya pergi bekerja seperti biasa. Seminggu sekali pulang. Itu pun hanya pada hujung minggu. Hari-hari lain, selepas waktu kerja, baba balik ke rumah nenek di Clementi. Walau baba stay di rumah nenek, setiap hari baba akan call ummi, tanya keadaan di rumah. Lagu I'll Be Back , nyanyian band korea 2PM menjadi nada dering handphone ummi. If anak-anak tiada di rumah, baba akan call setiap seorang, tanya kami di mana. akan ditanya soalan, ada di mana, dengan siapa, pukul berapa nak balik.. pesannya, jangan balik lewat.
Bila baba cuti, petang2 baba da tunggu anak2nya kat depan pintu pagar rumah sambil pegang handset.. if lewat 1minit dari waktu biasa sampai rumah, confirm baba call tanya kat mana.... tapi sekarang... tiada siapa yang akan buat macam tu lagi. Baba, i mish u so much!  +_• ....

Aku tahu aku mesti redha dengan apa yang dah terjadi. Tapi terkadang aku tak mampu. Tak berdaya. Aku masih perlukan kehadiran seorang ayah. Masih belum puas bermanja dengan baba. Masih banyak lagi yang belum dikongsikan dan dilakukan bersama. Tapi perancangan Allah lebih sempurna. AL- FATiHAH....
Baba with si puteri bongsu


Devotees dan AIM 18!

Salam...



Hmm.. Anugerah Industri Muzik kembali lgi! dan ALHAMDULILLAH, group nasyid favorite saya, Devotees telah tercalon dalam 1 kategori Lagu Nasyid Terbaik iaitu lagu Hadirnya Cahaya S.A.W yang dimuatkan dalam album Berjalan Tanpa Henti. Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Abd Halim Ahmad a.k.a Halim Ahmad @ HA ( suka panggil dia HA .. hehe) termasuklah dari susunan muzik. Tahniah HA dan DEVOTEES! :) 
HALiM Devotees a.k.a HALiM AHMAD (HA)
GAMBAR HA : http://abdhalim-ahmad.blogspot.com/2011/09/pc-anugerah-industri-muzik-aim-18.html
Ok.. ni senarai artis-artis nasyid yang tercalon dalam top 5 AiM 18 mengikut kategori : 



Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu
  1. Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah – Beribu Sesalan
  2. A.P.I. – Pelita
  3. Caipifruta – Menceceh Bujang Lapok
  4. Dayang Nurfaizah & Marcell – Sayang
  5. Inteam – Salamun Salam II 
Kulit Album Terbaik
  1. Kasi Gegar Entertainment – Urusan Aizat Amdan (Aizat Amdan)
  2. Aidi Idham  – Lonely Soldier Boy (Hujan)
  3. Subky Haji Bebit & Hafiz Mohtar – Bumi Akhir Usia (Mirwana)
  4. Martojaks – Cherry Blossom Love (Pop Shuvit)
  5. Zel Atif – Decorate (Yuna)
Lagu Pop Etnik Terbaik
  1. Adibah Noor – Joget Tak Senang Hati
  2. Amirah Ali – Katakanlah
  3. Castury feat Ayati Tasrip – Santun Berpesan
  4. Mawi & Akhil Hayy – HambaMu
  5. Zalee Redang – Falsafah Laksamana
Lagu Nasyid Terbaik
  1. Devotees – Hadirnya Cahaya S.A.W.
  2. Nazrey Johani – Permata Hati
  3. Nora feat VOU – Pedoman
  4. Inteam, Rabbani, Saujana & Nowseeheart – Bebas Palestin
  5. Saujana – Pahlawan Gaza
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Oleh Artis Luar Negara
  1. Insha Allah – Maher Zain
  2. Indahnya Cinta – Nidji
  3. Sahabat Selamanya – Padi
  4. Ku Menunggu – Rossa
  5. Bunga Mimpi – Sandhy Sondoro

HAFIZ HAMIDUN KE MANCHESTER

Salam...
Hafiz Hamidun
Buat pertama kalinya, penyanyi dan komposer muda yang saya kagumi, Hafiz Hamidun akan menjejakkan kaki ke Manchester, England . Saat entry ini ditulis, Hafiz Hamidun telah pun berada di dalam perut kapal terbang! :)
  
photo from twitter HH http://instagr.am/p/NIV-r/
Hafiz Hamidun ke sana di atas jemputan Mister Potato & Mamee Double Decker. Beberapa program menarik telah diaturkan sepanjang beliau berada di sana nanti. Selain itu, beliau turut memanfaatkan peluang untuk meneroka pasaran muzik di sana, dan sebagai persediaan untuk UK Tour beliau yang dijadualkan pada 2012 nanti. Untuk mengetahui perkembangan terkini Hafiz Hamidun sepanjang berada di Manchester, follow beliau di 
FACEBOOK PAGE HAFIZ HAMIDUN dan TWITTER HAFIZ HAMIDUN . #tag di twitter - #HHtoManchester .