Pages

Subscribe:

Followers

18 August 2011

Perginya Ayahanda Tercinta.... Al-Fatihah...


Salam.. 


17 Ramadhan 1432h, bersamaan 17 Ogos 2011, jam 5.10 petang , ayahanda tercinta yang dipanggil Baba telah pergi menghadap Ilahi. Selamanya. Pergi yang tidak akan kembali lagi. Perginya seorang insan yang sangat dikasihi. Perginya seusai menunaikan solat Asar, di tempat kerjanya di Singapore.

Aku yang pertama menerima khabar ini. Sungguh. Menggeletar seluruh tubuh. Seakan tidak percaya. Terus kuhubungi abang-abangku yang berada di Singapore untuk memastikan keadaan. Sementara di rumah, aku, ummi dan adik2 bersiap sedia untuk ke Singapore. Selepas 15minit, abangku mengesahkannya. Terduduk aku. Menangis. Ya Allah... 

Moga baba tenang dan damai di sana. Semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman dan soleh. Insyaallah. Amin...

Ayahanda Ghulam Haider b. Ali Bahadur
01 April 1956 - 17 Ogos 2011 
( 17 Ramadhan 1432h)

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." 
(Ali-'imran:185)