Pages

Subscribe:

Followers

31 July 2011

Salam Ramadhan 1423H

Assalamua'laikum readers! 



Bulan penuh barakah, penuh maghfirah , penuh dengan limpahan rahmat, kini menjelma lagi! Alhamdulillah . syukur. Kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun ini. Semoga kita dipanjangkan usia untuk beribadah dengan penuh khusyuk dan tawadhuk pada  tahun ini. Perbanyakkan berzikir, dan kurangkan perkara - perkara lagha (pesanan untuk diri sendiri) . Sebelum menjalani ibadah puasa, jangan lupa untuk saling memaafkan antara satu sama lain. Memohon dan memberi maaf bukan sahaja pada ketika hari raya sahaja. :) Pesan Jibril A.S kepada Nabi SAW tika hadirnya Ramadhan, " Jangan lupa untuk bermohon maaf dengan 3 golongan iaitu : 


1) Memohon kemaafan kepada kedua ibu bapa.
2) Memohon kemaafan sesama suami isteri.
3) Memohon kemaafan pada ahli keluarga, sahabat dan sekalian mereka di sekeliling  kita.

Salam Ramadhan Al Mubarak semua. Ayuh, semarakkan pesta ibadah di bulan penuh barakah ini.