Pages

Subscribe:

Followers

30 December 2011

Lailaha Illallah Hafiz Hamidun Teaser


Nantikan muzik video rasmi Lailaha Illallah pada jam 12 tengah malam - 01 Januari 2012

21 December 2011

Doa Rabitah




YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tak pernah padam,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini." 
Amin... 
Sahabat-sahabat, jom amalkan membaca doa rabitah. :) 

20 December 2011

Bila berbicara tentang hati

Assalamua'laikum...


Jom baca artikel ni... :)
Bila kita berbicara soal hati, hati itu ada pelbagai rasa yang mana kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk dimengertikan. Manusia selalunya tertipu dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. Perasaan itu kadangkala akan menipu akal dan fikiran. Kadangkala kita merasakan sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik. Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan tidak baik. Namun, hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedangkan kita tidak. Perasaan di hati kita itu juga adakalanya membuat kita kebingungan, kegelisahan, kerisauan, kegusaran dan sebagainya yang membuatkan kita resah dan tidak senang duduk. Sehinggakan kita terduduk menangis memikirkan kegundahan perasaan yang wujud itu.


Hati dan perasaan memang ada dalam setiap diri manusia. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita semua menjaga hati itu supaya ia selari dengan akal dan fikiran kita. Jika terlalu mengikut perasaan dan kata hati, kita juga bisa mati. Akal fikiran dan pertimbangan yang baik sahaja dapat memandu kita kepada satu jalan yang betul. Kadangkala kita semua ini suka berprasangka kepada orang di sekeliling. Orang yang berbuat baik dengan kita, kita akan berprasangka kononnya ada udang di sebalik batu. Ya, prasangka boleh jadi membantu hidup kita dan juga boleh membantutkan hidup kita. Kita sememangnya memerlukan prasangka tapi bukan prasangka  yang membantutkan hidup kita. Tapi, biarlah prasangka yang berpada-pada..Kita cuma perlu berhati-hati dan jangan terlalu mengikut kata hati.
Ada pendapat mengatakan wujudnya hati yang busuk, dan hati yang baik. Bagaimana hati yang busuk itu dan apa pula hati yang baik itu? Bolehkah kita sebagai hamba Allah yang lemah ini membaca apa yang terbuku di dalam hati insan ataupun individu lain? Hebat sangatkah kita meneka? Hebat sangatkah diri kita ini bila kita dengan yakin dan megahnya berkata "Aku tahu niat dia tu memang tak elok...niat dia saje nak tarik perhatian...niat dia itu...niat dia ini......niat dia memang nak mengenakan orang lain...niat dia nak menunjuk-nunjuk..." Padahal diri kita sendiri pun kadang-kadang tidak dapat mengenal pasti niat dalam hati kita.. Mulut bicara lain, tapi di selubuk hati berkata lain. Bagaimana diri kita ini boleh yakin dan sangat pasti dengan niat orang di sekeliling kita? Sedangkan sesungguh-Nya Allah jualah yang lebih mengetahui.

Oleh itu, marilah kita muhasabah diri kita sendiri.Terlalu banyak kekhilafan diri.Saya juga selalu berteka-teka dengan hati, perasaan, akal dan fikiran sendiri.Kadang-kadang kita juga menjadi bingung hanya kerana perasaan sendiri.Kita juga sering berasa tidak pasti dengan diri sendiri.Semuanya kerana diri ini sendiri.



airieyahh : sentiasalah muhasabah diri untuk meraih redha Allah.. :) 

14 December 2011

Irama Terapi di pasaran!


Assalamua'laikum.....

Album Irama Terapi - Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun telah pun berada di pasaran! Dapatkan yang original ye! :) 
Antara track yang terdapat di dalam album Irama Terapi ini ialah :
  • ASTAGHFIRULLAH (3:32
  • LA ILAHA ILLALLAH (3:31)
  • SUBHANALLAH (3:29)
  • TAUBATAN NASUHA (3:18)
  • HASBI RABBI (2:57)
  • LA HAWLA WA LA (4:25)
  • ALHAMDULILLAH (3:26)
  • YA ZALJALA (3:52)
  • YA LATIF (3:15)
  • ALLAH (3:35)
  • LAWKANA BAINANA (BONUS) (3:11)
Album ini dijual pada harga RM19.90. Online order? Dapatkan melalui Muslim Niaga Kedai Nasyid Online, Muslim Online Store 


Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki album ini. Terapi diri anda dengan alunan zikir yang pasti akan memberi ketenangan.

airieyahh : masih menanti pakcik posmen pos cd ke rumah! @-@! 

ITU INI BEGITU BEGINI

Assalamua'laikum.. Jom dengar lagu baru dari Mirwana ft Altimet. :)


ITU INI BEGITU BEGINI 

Kau membisik

Kau memanggil

Cuba mengheretku ke ruang fantasi

Bicaramu menggoda

Semua bagai indah

Hanya madah sia-sia

Racun berbisa

(Chorus) Mirwana

Itu Ini Begitu Begini

Beza persepsi di sana-sini

Cara dia dan cara mereka

Masing-masing punya citarasa

Itu Ini Begitu Begini

Gosip sensasi di sana-sini

Kisah dia cerita mereka

Tak peduli benar atau dusta

(Rap) Altimet

Aku merenung keluar tingkap

Memikirkan masa aku yang kian singkat

Merancang usaha aku yang perlu ditingkat

Terkenang masa lalu yang lebih ringkas

Pesanan ringkas di alat komunikasi

Bisik belakang lagi gosip sensasi

Dulu geli hati pernah kuminati

Yang dahulu manis kini aku rasa basi

Bila diumpankan secebis umpatan

Yang lebih penting lebih senang dilupakan

Yang gangsa digilap kita sangka emas

kaca dikejar yang berlian lekas terlepas

Nasi yag dikendung senang tercicir

Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir

Yang dijual murah untuk beli sepah

Hingga tubuh kebulur rohani resah

(Repeat Chorus) Mirwana

(Rap) Altimet

Satu masa dulu kita dua sejoli

Di antara hobi bercerita di kedai kopi

Hingga pukul dua, tiga, empat, lima pagi

Malam tua tapi kita masih muda lagi

Gerak pantas mulut manis bila ada gadis

Macam baju tukar laju biar mereka menangis

Tak heran ada yang lain-lain

Kita saing bukan sukan hanya main-main

Bukan tempat untuk aku mencemuh mencaci

Tapi aku bukan lelaki itu lagi

kau ada hidup kau aku punya hal sendiri

Lihat aku punya masjid indah yang terdiri

Jauh sekali tempat aku mengadili

Tapi aku harap kau pandai membawa diri

Kalau jumpa di luar pasti bertegur sapa

Jemput ke rumah aku kalau ada masa

(Bridge) Mirwana

Helah dan dusta punca sengketa

Menghancurkan segala

Bawa sengsara dan airmata


Lagu: Akmal Mirwana

Lirik : Akmal Mirwana & Altimet

01 December 2011

IramaTerapi - Hafiz Hamidun

Assalamua'laikum readers!
Ehem! Nak inform... Ni kisah HH lagi okay! :)




Hafiz Hamidun bakal muncul dengan sebuah album baru bertajuk #IramaTerapi : Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun. Album ini merupakan album ketiga beliau selepas album pertama "Hafiz Hamidun" (2007) dan album kedua "Syukran" (2009) .. Album ini akan mula dipasarkan pada Isnin - 5 Disember 2011.
Sepanjang Disember ini, promosi album ke 3 Hafiz Hamidun akan diadakan di beberapa lokasi berikut :


3hb: Jom Heboh Bukit Jalil, 11am (Booth Lembaga Zakat Selangor), 3pm (Booth G1M - To be confirmed)


4hb: Langkawi (Lokasi TBC)


5hb: Hotel Exora Pulau Pinang


6hb: UNITEN Kajang 9pm (Sempena Forum Hidayah Milik Allah) w/ Heliza Helmi &
        Nazrey Johani


8hb: UPM Serdang, 2pm (Sempena Kempen Keamanan)


9hb: Lumut, Perak 9pm (Sempena Pelancaran Pesta Pangkor)


11hb: Kompleks PKNS Bangi 3pm (Bersama Lembaga zakat selangor)


16hb: Pantai Melawi Bachok


17hb: Pantai Melawi Bachok


17hb: KB Mall (To be confirmed)


Kepada semua penyokong nasyid, temui Hafiz Hamidun dan dapatkan album ini pada harga istimewa.


+++ Jika berminat untuk mengundang Hafiz Hamidun, sila hubungi 013-3088879 atau email ke newmedia@arteffects.com.my .


info : LIKE FACEBOOK HAFIZ HAMIDUN dan FOLLOW TWITTER @HAFIZ HAMIDUN untuk maklumat lanjut.


airieyahh : as usual... sangat teruja untuk dapatkan album beliau! :)