Pages

Subscribe:

Followers

28 October 2011

Hafiz Hamidun - Pelopor teknologi Irama Nasyid


Suatu masa dahulu, bekas anggota kumpulan UNIC ini, pernah mencuri tumpuan ramai dengan kelunakan suaranya menyanyikan lagu ketuhanan. Namun, perjuangannya bersama UNIC tidak bertahan lama, apabila kontrak tamat pada tahun 2006. Tidak terhenti di situ, Hafiz Hamidun atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 27, terus memperjuangkan irama nasyid biarpun terpaksa bergerak secara solo.

Tidak memberi tumpuan kepada nyanyian semata-mata, Hafiz, mengembangkan kariernya sebagai pengacara, komposer dan penerbit. Malah kerjasama dengan rakan karibnya, Firdaus Zamri menerbitkan radio nasyid online pertama, NasyidFM, sejak November 2006 semakin diterima pendengar.

"Alhamdulillah, radio ini semakin dikenali. Kalau sebelum ini, lagu nasyid jarang mendapat tempat, dengan adanya NasyidFM, ia dapat menjadi wadah alternatif buat pejuang nasyid dan peminat irama lagu ini," katanya yang bertindak sebagai penasihat untuk radio itu.

Menurut Hafiz, kemunculan NasyidFM bukan untuk bersaing dengan mana-mana radio apatah lagi radio islamik negara, IKIM. Namun, ia juga sebahagian daripada usaha mereka untuk berdakwah.

“NasyidFM bukanlah berdiri atas dasar mencari keuntungan tetapi sebagai medium penyiaran dakwah 24 jam. Ia tidak terhad untuk lagu-lagu nasyid saja. NasyidFM turut menyediakan ceramah-ceramah dan juga pengisian ilmiah. 

DENGARKAN di : www.nasyidfm.com.my
“Pada saya, NasyidFM merupakan medium paling sesuai untuk pendengar mendapatkan input berguna. Sekurang-kurangnya, dengan adanya NasyidFM, ia dapat membantu menaikkan industri muzik nasyid dan wadah dakwah khususnya.

"Lebih istimewa, radio ini boleh diakses melalui telefon bimbit," kata Hafiz.

Dalam pada itu, Hafiz turut berbangga apabila mudah bekerjasama dengan NasyidFM dalam urusan mempromosikan lagu dan albumnya. Bagi Hafiz, ia juga dapat membantu penggiat nasyid lain secara keseluruhannya.
Jelas Hafiz, dengan adanya kerjasama dari NasyidFM, ia dapat mengembalikan kegemilangan industri muzik nasyid selain berdakwah kepada masyarakat. Malah ia juga menjadi platform bagi pejuang nasyid dan lagu ketuhanan untuk mengetengahkan karya mereka.

Tumpu pada syarikat

Memiliki syarikat produksi sendiri, Arteffects Sdn Bhd, Hafiz bersyukur kerana rezeki semakin berpihak kepadanya. Baginya, selagi ada peluang terbuka luas untuk mengembangkan bakat, selagi itulah dia akan menggunakannya dengan baik. Dengan matlamat ingin mencari kebahagiaan dunia akhirat, anak kelahiran Teluk Intan, Perak ini, berharap agar perjuangannya diberkati ALLAH SWT

“Saya melihat setiap peluang yang ada. Setiap anugerah Allah boleh diperkembangkan sekiranya ada cara yang betul dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh serta ikhlas.

"Sejujurnya, dulu saya rasa saya tidak boleh bergerak sendiri, tapi sekarang saya lebih yakin dengan adanya Artefects. Menerusi syarikat ini, saya bebas berkarya," katanya yang turut mempunyai studio sendiri.

Menurut Hafiz, syarikatnya itu turut menjadi platform kepada bakat-bakat baru. Antara artis yang pernah bernaung di bawah syarikatnya, ialah, Ezad Mahadi (Mirwana), Fitri UNIC, Nur One dan ramai lagi.

Selain sibuk menguruskan bakat baru, Hafiz juga kini sedang dalam proses mempersiapkan album ketiganya.

“Dalam album ini, sepuluh lagu zikir dimuatkan. Kali ini saya mahu beri kelainan dan anggap ia sebagai hadiah kepada peminat yang ingin mencari kedamaian rohani dengan alunan zikir.

“Ada perkara menakjubkan dalam proses projek terbaru ini kerana saya seperti mendapat petunjuk dari Tuhan. Ilham mencipta lirik dan menyusun semula koleksi zikir dilakukan dengan begitu mudah. Dalam masa sehari, saya boleh siapkan satu lagu.

“Jika benar ia adalah petunjuk dari-Nya, Alhamdulillah saya bersyukur. Itu tandanya perjuangan saya adalah berada di landasan yang benar,” katanya yang mempunyai empat pekerja bagi membantu urusan Arteffects Sdn Bhd.

Mahu jaga imej

Sudah menjadi lumrah apabila bergelar selebriti, pasti ada saja gosip dan kontroversi yang menghimpit. Begitu juga dengan, Hafiz yang pernah kecewa apabila berdepan dengan pelbagai dugaan.

“Memang tidak dinafikan, bukan mudah untuk mengelak daripada menjadi mangsa kontroversi, walaupun kita berhati-hati.

“Pada saya, itu semua ujian. Jika mahu selamat, jangan dilayan dan kebenaran pasti akan terungkap akhirnya.

“Apa yang penting, sekarang saya mahu menjaga imej dan nama baik saya sebagai seorang Muslim di samping terus memperjuangkan agama dan bangsa," jelas pengacara, Tilawah Interaktif, di RTM ini.

Hafiz yang sebelum ini pernah digosipkan dengan, Linda Onn dan Heliza Helmi, bagaimanapun masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang. Menurut Hafiz, dia masih belum bertemu dengan calon sesuai dan kini mahu fokus pada kariernya.

Hafiz mula berkecimpung dalam bidang seni suara sejak berusia 5 tahun. Aktiviti seninya mula menyerlah sejak di bangku sekolah lagi. Malah, bakatnya semakin dipercayai apabila menjadi pengarah muzik bagi beberapa filem dan drama televisyen.


sumber : SINAR HARIAN - 28/10/2011 

20 October 2011

BACKPACKERS KE KOREA WITH HALiM AHMAD!

Salam to all,
Halim ketika di Korea
source : Blog abdhalim-ahmad
Ehem.... entry kali ni nak promo pasal trip to Korea with Halim Devotees (HA), dengan ini, secara rasminya  En Abd Halim Ahmad telah membuka penyertaan kepada anda di luar sana untuk menyertai beliau melancong ke Seoul, Korea pada musim luruh tahun depan(2012)!! (wahhhhh.. bestnya pegi negara Hyun Bin! boleh jumpa dia sekali tak?! eheh)...
KOREA - NEGARA MAMAT HYUN BiN. 
Berikut adalah butir-butirnya : 
  • Tarikh : September 2012 (5 hari 4 malam) tarikh akan dimaklumkan selepas perbincangan nanti. 
  • Penerbangan: Air Asia
  • Harga Tiket Pergi Balik : Between RM 615 to RM 1,000 (sapa cepat booking,dapatlah harga yang paling murah!so,sila confirmkan dengan HA cepat2!) 
  • Penginapan : Seoul, Korea (Hotel bertaraf backpackers)
  • Budget makan/minum/penginapan/perjalanan/tiket masuk ke destinasi pelancongan : Kurang dari RM 1,000
  • Antara lokasi yang akan dilawati ialah daerah Itaewon (Masjid utama), Pulau Nami (Winter Sonata), Namdaemun (Shopping), dan banyak lagi!!!!
Dan yang ni paling penting...Waktu solat terjaga, makanan halal juga disediakan dan dijamin anda akan happy dan teruja bila berada di sana! (sebab HA dah merasainya...hehe) 


Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Halim Devotees di talian 017 722 2612. SMS sahaja!(waktu after 12midnight -  7am sahaja.)


TEMPAT TERHAD!Jom...booking cepat2!! ) 
TARIKH TUTUP: 30 OKTOBER 2011!!!
Penyertaan terbuka kepada  lelaki dan perempuan. 



CREDITED : ABD HALIM AHMAD (HALIM DEVOTEES) 


airieyahh : teringin nak join. tapi ada tetapinya. isk3....

09 October 2011

Lucky Draw!!!

Salam....

Ok! Da lama nak update cerita ni! tapi tak sempat.. hmm..bulan 6 hari tu ada post entry tentang Pre Order Album Demascus.If order album tu, ada peluang nak menang iPod shuffle.. Ok... seriously, tak sangka.. saya menang cabutan bertuah tu... Tak percaya? sila tonton video ni..



its mine!! :)
Syukran jazilan Demascus...ni kali pertama saya menang cabutan bertuah.hehe, dan kat belakang iPod tu siap ada ukiran nama lagi.
DEMASCUS I airieyahh
album DEMASCUS 
jadi, pada anda yang berada di luar sana, jangan segan silu untuk dapatkan album DEMASCUS ni ye. ada 6 buah lagu. semuanya memang sedap didengar. terbaik! :) paling best - lagu mengejar sempurna. so, sila dapatkan yang original ye! :) sekian.

02 October 2011

Selamat Hari Lahir Airieyahh!!! (^_^)

Salam...

24 tahun lalu, seorang bayi comel seberat 3.5kg telah dilahirkan pada jam 11.05 malam di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru. Terima kasih ummi yang telah melahirkan.Terima kasih baba yang telah mengazankan... Terima kasih abang2 n kakak2 yang turut sama membesarkan diri ini.


Dan Alhamdulillah...syukur. masih lagi bernafas sehingga saat ini untuk terus beribadah dan menikmati hidup sementara yang Allah beri. Hari lahir tahun ni, biasa-biasa je. Banyak juga dapat ucapan di facebook, twitter, dan sms. Lebih-lebih lagi ucapan dari family tercinta,sahabat2 tersayang dan paling best, dapat juga wish dari 2 insan yang sangat dikagumi.. HH & HA = HHHA .. (^_^)  tQ so much anda berdua! ... :)

wish from Hafiz Hamidun (HH)
wish from Abd Halim Ahmad (HA) 
Dan..ada juga yang beri ucapan berkaitan dengan jodoh. hehe. Laju je memasing kalau bab jodoh. My kakak pun da wish semoga cepat bertemu jodoh, almaklumlah adik kami yang baru mendirikan rumahtangga masa bulan Mac hari tu, dah pun berbadan dua. Hehe. Wahai abang2 n kakak2ku, carikanlah seorang untuk adikmu ini. (amboiiiiiii ! haha) .


so, diucapkan selamat hari lahir,sanah helwa,happy birthday kepada diri sendiri! semoga diri ini lebih matang,menjadi lebih baik,semakin bijak membuat keputusan,dan semakin tabah dalam mengharungi kehidupan di dunia. aminnn.. Mohon didoakan ya.. (^_^)