Pages

Subscribe:

Followers

01 September 2011

Cerita Hari Raya......

Assalamua'laikum...

Aidilfitri kali ini, tidak semeriah dulu. Sebelum ini, bila tiba 1 Syawal, kami sekeluarga akan mula ziarah kaum keluarga. Tapi tidak kali ni. 1 & 2 Syawal 1432H, kami hanya di rumah sahaja. Menanti kedatangan keluarga dan saudara mara yang lain.

Dan hari ini.. 3 Syawal... baru berkesempatan untuk keluar beraya. Itu pun, hanya ke rumah nenek dan rumah abang di Singapura. Hanya dua buah rumah. Sepanjang perjalanan, kenangan bersama almarhum ayahanda bermain di ruang mata. Nak ke Singapore sendirian, aku masih tidak arif lagi tentang jalan di sana. Kalau pergi ke sana, baba lah yang menjadi GPS kami sekeluarga. Penunjuk arah yang sangat setia. Tapi kini, tiada lagi. Tiada lagi GPS ku. Now, main redah je!

Tepat jam 6.30 petang, aku tiba di rumah nenek. Disambut oleh adik bongsu baba, Uncle Anwar. Nenek pula, sudah tidak berdaya lagi. Hanya terbaring di atas katil. Saat kaki melangkah masuk ke dalam rumah, air mata ummi gugur. Begitu juga denganku. Terngiang-ngiang lagi suara baba. Sedang bergurau dengan kami adik beradik. Bagaimana cara baba duduk, baring dan makan. Segalanya terbayang di ruang mata. Ya Allah.. aku redha. aku pasrah. tapi aku rindu. Rindu pada semuanya. Al Fatihah

Selepas maghrib, makcik pulang dari kerja. Berbual, berkongsi rasa. Bertukar cerita. Suasana sendu. Dan, aku menangis lagi!! Aku tak dapat menahan rasa sedih saat itu. Jam 9 malam, kami minta izin untuk ke rumah abang. Sepanjang perjalanan, aku rasa janggal bila meredah sendiri tanpa GPSku(Baba).Takut tersesat entah ke mana. Pertama kali dari rumah nenek terus ke rumah abang. Alhamdulillah. sampai juga. Kata ummi " Nor, kalau baba ada, mesti Nor dapat SD2( 2 Dollar) kan? sebab dah tahu jalan nak ke rumah abang". Ya. itu upah baba untukku setiap kali aku berjaya meredah jalan di Singapore. Terima kasih baba.

..........................................................................................

0 comments:

Post a Comment