Pages

Subscribe:

Followers

31 August 2011

Syawal 1432h

Assalamua'laikumwarahmatullahiwabarakatuh....


1 Syawal 1432h yang sangat berbeza. Sunyi.Sepi. Suram. Entahlah. Semua perasaan bersatu. Tak terluah di sini. 


Di kesempatan ini, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua. Mohon Maaf Zahir dan Batin...


18 August 2011

Perginya Ayahanda Tercinta.... Al-Fatihah...


Salam.. 


17 Ramadhan 1432h, bersamaan 17 Ogos 2011, jam 5.10 petang , ayahanda tercinta yang dipanggil Baba telah pergi menghadap Ilahi. Selamanya. Pergi yang tidak akan kembali lagi. Perginya seorang insan yang sangat dikasihi. Perginya seusai menunaikan solat Asar, di tempat kerjanya di Singapore.

Aku yang pertama menerima khabar ini. Sungguh. Menggeletar seluruh tubuh. Seakan tidak percaya. Terus kuhubungi abang-abangku yang berada di Singapore untuk memastikan keadaan. Sementara di rumah, aku, ummi dan adik2 bersiap sedia untuk ke Singapore. Selepas 15minit, abangku mengesahkannya. Terduduk aku. Menangis. Ya Allah... 

Moga baba tenang dan damai di sana. Semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman dan soleh. Insyaallah. Amin...

Ayahanda Ghulam Haider b. Ali Bahadur
01 April 1956 - 17 Ogos 2011 
( 17 Ramadhan 1432h)

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." 
(Ali-'imran:185)

13 August 2011

Baru Kenal Cinta - FINE


Artist : FINE
composed & written by ABD HALIM BIN AHMAD
o.c & o.p NEUROTIC STUDIO

Bila berdekatan terasa bahagia
Tika berjauhan rindu di dada
Sering menginginkan kehadirannya
Bersama di sisi sentiasa

Baru kenal cinta
diri merasa sempurna
yang pahit jadi manis
yang sakit jadi bertenaga

Bila berdekatan terasa bahagia
Tika berjauhan rindu di dada
Sering menginginkan kehadirannya
Bersama di sisi sentiasa

Baru kenal cinta
diri merasa begitu sempurna
yang pahit akn jadi manis
yang sakit terus bertenaga


nak tengok video BKC? 

05 August 2011

MARILAH BERZIKIR- Special Ramadhan release (Pre-Mixed Version)



MARILAH BERZIKIR

by Hafiz Hamidun (Arteffects Sdn Bhd)


Marilah berzikir (Subhanallah)
Marilah berzikir (Alhamdulillah)
Walau cuma hanya sekali (Allahu Akbar)
Dalam sehari

Yang kusebut
Tak pernah putus
Tiada jemu
Setiap kali
Kala senang dan susah
Mengingati Mu Allah

Yang kucari
Ketenangan
Yang kudambakan
Kebahagiaan
Hati dekat denganMu
Tiada resah ragu

Marilah berzikir (Subhanallah)
Marilah berzikir (Alhamdulillah)
Walau cuma hanya sekali (Allahu Akbar)
Dalam sehari

Yang melintas
Taman ibadah
Di muka dunia
Henti bersinggah
Itulah taman syurga
Itu majlis zikrullah

Yang terindah
Bila semua
Seisi dunia
Turut berzikir
Memuji mengagungi
Kebesaran Ya Rabbi

Marilah berzikir (Subhanallah)
Marilah berzikir (Alhamdulillah)
Walau cuma hanya sekali (Allahu Akbar)
Dalam sehari
------------------------------------------------------------------

airieyahh : selamat mendengar. hayati liriknya.. :)