Pages

Subscribe:

Followers

18 July 2011

Dunia Baru - Varianz

Assalamua'laikum....


Nak share tentang group nasyid Varianz pula. Ada yang da pernah dengar tentang mereka? Kalau belum.ce baca kat bawah ni ckit.
VARIANZ di ambil dari perkataan English, VARY yang bermaksud pelbagai atau dalam konteks yang dimaksudkan adalah untuk mencipta kelainan. VARIANZ cuba mencipta sesuatu kelainan & mencuba sesuatu yang baru dalam diri sendiri supaya lebih maju dalam kehidupan. Tujuan VARIANZ adalah untuk bersama-sama berkongsi cinta universal milik Tuhan anugerah buat semua melalui lirik dan lagu di dalam album terbaru (VARIANZ:DUNIA BARU) yang ringkas tapi padat dengan mesej yang positif.
Usaha untuk menyiapkan album ini bermula pada tahun 2005. Boleh dikatakan, Varianz mengambil jalan yang terlalu jauh ketika proses untuk menyiapkan album ini. Disebabkan itu, usaha tidak pernah mengenal erti jemu Varianz sajikan semata2 untuk meneruskan satu perjuangan dalam hidup Varianz ini." Berhibur sambil berdakwah" adalah motto yg diterapkan dalam jiwa Varianz.  Alhamdulillah, dengan izinNya, Varianz yang dianggotai oleh Masriezan, Shafariz, Zairy dan Khairi kini tampil dengan satu album luahan perjalanan hidup selama ini dengan satu perasaan untuk berkongsi rasa bersama semua yang menyokong mereka selama ini. Buat semua, terimalah... DUNIA BARUVarianz.  


CD VARIANZ.... 
Dalam album ini, terdapat 9 track iaitu Masihkah Ada Waktu, Lagu Cinta, Pergilah Dunia, Dunia Baru, Akhir Cerita Cinta, Saat Kau Pergi, Hingga Akhirnya, Pasti dan minus one untuk lagu Dunia Baru. So, pada rakan-rakan peminat nasyid, dapatkan segera album ni. Tak rugi. Sebab semua lagu memang best! Emailkan tempahan anda ke varianzband@yahoo.com . Jangan lupa untuk layari laman web VARIANZ. Jangan lupa untuk LIKE FACEBOOK VARIANZ.  


airieyahh : suka sangat kat Lagu Cinta dan Pasti.. (^_^) 

0 comments:

Post a Comment