Pages

Subscribe:

Followers

10 June 2011

Hafiz Hamidun Gigih Perjuang Nasyid



Keratan Akhbar Harian Metro - 10 JUN 2011


Oleh Esme Johari Wahab

SEBELUM ini dia cukup teruja menghasilkan album sulung solo sendiri sehingga tidak sedar duit dalam poket hanya tinggal RM1.

Berbekalkan kegigihan dan tidak mengenal erti patah hati, Hafiz Hamidun kini bergelar produser album dan pembimbing beberapa kumpulan nasyid. 
Menerusi syarikat rakamannya, Arteffects Sdn Bhd (Arteffects) beroperasi sejak lima tahun lalu, penyanyi dan pengacara berjiwa besar ini mahu menerbitkan sekurang-kurangnya 12 album solo dan berkumpulan dengan genre nasyid, pop dan kerohanian. 

“Penghasilan album nasyid perlu diteruskan walaupun mendapat saingan banyak genre muzik semasa.

“Saya lihat peminat nasyid ramai datang daripada kalangan pelajar universiti dan ini satu petanda positif,” katanya pada majlis prapelancaran album Nowseeheart, Nur One, Aidil dan Varianz di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail, baru-baru ini.

Sasaran Hafiz dimulai dengan empat produk nasyid terbaru iaitu Nowseeheart hadir dengan album Kembali, Nur One (Kau Terhebat), Aidil (Cuba) dan Varianz (Dunia Baru). 

Kata Hafiz, Nowseeheart tampil dengan kompilasi lagu malar hijau terbaik mereka termasuk empat lagu baru, Kurnia, Kau Di Mana, Seni Berjuang dan Kerana Doa. 

“Kumpulan Nur One mempertaruhkan album Kau Terhebat. Mereka dianggotai empat ahli iaitu Asyraf, Syafiq, Tawfiq dan Yusuff dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang aktif dengan persembahan di peringkat negeri dan kebangsaan,” katanya. 

Hafiz berkata, kumpulan nasyid Aidil atau sebelum ini dikenali Ideal, pernah muncul dengan album sulung, Bukalah Hatimu, pada 2003. 

“Kumpulan ini menampilkan muzik nasyid santai dengan lapan lagu mereka berunsur ketuhanan, motivasi dan kehebatan Rasulullah SAW. 

“Album kumpulan Varianz dengan Dunia Baru adalah terbitan bersama Varianz Production dan Arteffects Sdn Bhd. Sebanyak lima lagu ciptaan mereka,” katanya turut menyumbang tiga lagu untuk dimuatkan. 

Mengenai perancangan masa depannya, Hafiz berkata empat lagi album nasyid dengan dua artis solo akan menyusul dalam masa terdekat selewat-lewatnya akhir Ramadan nanti. 

“Antaranya adalah album bekas penyanyi utama kumpulan UNIC, Fitri Haris, Izzat Mahadi (bekas penya
nyi Mirwana), Access dan Demascus. 

“Saya juga akan melancarkan album solo ketiga pada penghujung tahun ini. Setakat ini, masih mencuba untuk mendapatkan khidmat kumpulan nasyid terkenal Indonesia, Debu, sebagai pemuzik latar. 

“Album berkenaan akan menggunakan bahasa Malaysia, Inggeris, Arab dan Turki. Bagi saya, album itu akan dipasarkan di peringkat antarabangsa dan jika ada persembahan luar untuk promosi, Istanbul akan menjadi destinasi utama,” kata Hafiz yang akan mengerjakan umrah pada 27 Julai ini.


0 comments:

Post a Comment