Pages

Subscribe:

Followers

29 June 2011

Pre-Order Album Demascus

Salam... hye readers...!


Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki sebuah iPod Shuffle yang terbaru! Nak tau caranya? Senang je.. korang cume perlu buat pre-order untuk album nasyid kumpulan Demascus - Kita Berbeza yang akan berada di pasaran tidak lama lagi...


Cara - cara untuk memenangi iPod Shuffle :

Langkah 1 - Buat tempahan melalui email . admin@thedemascus.com - Berikan butir -  butir peribadi anda.
  • Nama : 
  • Alamat :
  • No Telefon :
  • Jumlah Tempahan : 
Langkah 2 - Pihak Demascus akan menghubungi anda untuk mengesahkan tempahan anda dan cara pembayaran.

Langkah 3 - Pemenang akan diumumkan pada bulan Ogos 2011. Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah.

** Harga bagi seunit album ialah RM20. Tempah 5 unit ke atas dan dapatkan harga ejen. 

Untuk maklumat lanjut, ringankan jari jemari anda untuk klik FACEBOOK DEMASCUS atau email ke admin@thedemascus.com.

Sooooooooo... rebutlah peluang ni ye! :) Mana la tau ade rezeki kan?  (^_^) Tawaran ini sah sehingga 9 Julai 2011 saja.... :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom layan video klip Demascus - Kita Berbeza
 

DEMASCUS - Kita Berbeza

Lagu: Akmal Mirwana
LirikEdry Demascus



Jika Tuhan mahu Dia boleh cipta
Kita semua sama langsung tiada yang berbeza
Tapi sebaliknya dia ciptakan
Tiap manusia pelbagai perbezaan
Sebagai ujian buat kita semua
Tinggal kita cari hikmahnya ada di mana
Moga jumpa jalan sebenar untuk ke sana
Kita sering tak sama
Rupa paras, minat, citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza
Kau suka ini dan itu
Aku mahu begini begitu
Banyak sisi dalam hidup
Yang kita berbeza
Dan itu semua
Tak semesti bisa jadi
Konflik yang membarah
Jika kita bisa tuk memahami
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dan yang lain
Hidupmu lebih warna warna
Jika perbezaan kita hargai
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dan yang lain
Hidup berseri bak mentari
Jika kita semua bisa mengerti
Kita tak pernah sama
Rupa paras, minat, citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza
Dan bila diuji
Keteguhan kita miliki
Sejauh manakah
Kita sinergikan kepelbagaian
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dengan lain
Hidup lebih warna warni
Jika perbezaan kita hargai
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dengan lain
Hidup berseri bak mentari
Jika kita semua bisa mengert
i


25 June 2011

I BELIEVE

##FOLLOW FRIDAY @ TWITTER


#followfriday You should follow @hafizhamidun #Music #Film #Social via http://www.followfriday.com/f/hafizhamidun

23 June 2011

Akhirnya.... yang dinanti...

Salam... hye readers!


Rasa macam dah lama tak update ape2 kat blog ni. hehe.. erm. lately agak bz dengan tugas-tugas lain..dan seminggu ni pula, keadaan kesihatan yang agak mengganggu urusan seharian. selsema..batuk2..sakit tekak.. tapi tak pegi wat check-up pon..! (malas punya olang!huhu.. anda diluar sana, jangan amalkan yep)... Ohhh.. nak share pasal ni... at last... album nasyid kumpulan Aidil yang saya tunggu.. da berada di tangan  saya! Minggu lepas dapat..Terima kasih pada Bos Arteffects (En Hafiz Hamidun)  yang sudi menghadiahkan... ehehe..(mcm la orang lain xdpt! kuikuikui...)..maafla tak datang amek sendiri masa showcase amal hari tu .. segan nk jmpe.. huhu.Terima kasih juga pada En Hairul Access sebab susah payah bawak balik cD tu dr KL ke JB.... ngeh3.. n tak lupa juga.. terima kasih pada Aidil Nasyeed Group! huhu....{ bape banyak terima kasih daaa! :p } .... really enjoy ngn album korang ni! :)

ALBUM TERBARU AIDIL - CUBA

airieyahh : masih menunggu album Nowseeheart pula sampai.... :) harap-harap awal bulan 7 ni dapatla... 





10 June 2011

Hafiz Hamidun Gigih Perjuang Nasyid



Keratan Akhbar Harian Metro - 10 JUN 2011


Oleh Esme Johari Wahab

SEBELUM ini dia cukup teruja menghasilkan album sulung solo sendiri sehingga tidak sedar duit dalam poket hanya tinggal RM1.

Berbekalkan kegigihan dan tidak mengenal erti patah hati, Hafiz Hamidun kini bergelar produser album dan pembimbing beberapa kumpulan nasyid. 
Menerusi syarikat rakamannya, Arteffects Sdn Bhd (Arteffects) beroperasi sejak lima tahun lalu, penyanyi dan pengacara berjiwa besar ini mahu menerbitkan sekurang-kurangnya 12 album solo dan berkumpulan dengan genre nasyid, pop dan kerohanian. 

“Penghasilan album nasyid perlu diteruskan walaupun mendapat saingan banyak genre muzik semasa.

“Saya lihat peminat nasyid ramai datang daripada kalangan pelajar universiti dan ini satu petanda positif,” katanya pada majlis prapelancaran album Nowseeheart, Nur One, Aidil dan Varianz di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail, baru-baru ini.

Sasaran Hafiz dimulai dengan empat produk nasyid terbaru iaitu Nowseeheart hadir dengan album Kembali, Nur One (Kau Terhebat), Aidil (Cuba) dan Varianz (Dunia Baru). 

Kata Hafiz, Nowseeheart tampil dengan kompilasi lagu malar hijau terbaik mereka termasuk empat lagu baru, Kurnia, Kau Di Mana, Seni Berjuang dan Kerana Doa. 

“Kumpulan Nur One mempertaruhkan album Kau Terhebat. Mereka dianggotai empat ahli iaitu Asyraf, Syafiq, Tawfiq dan Yusuff dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang aktif dengan persembahan di peringkat negeri dan kebangsaan,” katanya. 

Hafiz berkata, kumpulan nasyid Aidil atau sebelum ini dikenali Ideal, pernah muncul dengan album sulung, Bukalah Hatimu, pada 2003. 

“Kumpulan ini menampilkan muzik nasyid santai dengan lapan lagu mereka berunsur ketuhanan, motivasi dan kehebatan Rasulullah SAW. 

“Album kumpulan Varianz dengan Dunia Baru adalah terbitan bersama Varianz Production dan Arteffects Sdn Bhd. Sebanyak lima lagu ciptaan mereka,” katanya turut menyumbang tiga lagu untuk dimuatkan. 

Mengenai perancangan masa depannya, Hafiz berkata empat lagi album nasyid dengan dua artis solo akan menyusul dalam masa terdekat selewat-lewatnya akhir Ramadan nanti. 

“Antaranya adalah album bekas penyanyi utama kumpulan UNIC, Fitri Haris, Izzat Mahadi (bekas penya
nyi Mirwana), Access dan Demascus. 

“Saya juga akan melancarkan album solo ketiga pada penghujung tahun ini. Setakat ini, masih mencuba untuk mendapatkan khidmat kumpulan nasyid terkenal Indonesia, Debu, sebagai pemuzik latar. 

“Album berkenaan akan menggunakan bahasa Malaysia, Inggeris, Arab dan Turki. Bagi saya, album itu akan dipasarkan di peringkat antarabangsa dan jika ada persembahan luar untuk promosi, Istanbul akan menjadi destinasi utama,” kata Hafiz yang akan mengerjakan umrah pada 27 Julai ini.


09 June 2011

Pengakuan Imran Ajmain di Hari Yang Ke-100 Tanpa Rokok!!!~


PENGAKUAN EKSKLUSIF 
IMRAN AJMAIN!!!~ 




CONGRATULATiONS ABG IM! :)

05 June 2011

Aidil - Cuba

Salam.... 

Nak promo lagi ni....

to all peminat nasyid.. 

jom dapatkan album Aidil pada harga RM 26.90 
(termasuk kos penghantaran)

caranya...hanya emailkan tempahan anda ke 

aidilnasyeed@gmail.com ... 

tQ ... :) 

Interview NasyidFM

Salam... jom tengok video sempena prelaunch album terbitan Arteffects... :) 

INTERVIEW NASYIDFM BERSAMA HAFiZ HAMiDUN


INTERVIEW NASYIDFM BERSAMA AiDiL



INTERVIEW NASYIDFM BERSAMA NUR ONE

Showcase Nasyid 2011


ASSALAMUA'ALAIKUM....

SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN, 
PEMINAT-PEMINAT NASYID.... 
JOM MERIAHKAN SHOWCASE NI.... 

DATE : 11 JUN 2011 - SABTU
TIME : 8-30 MALAM
VENUE : DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM


***MASUK ADALAH PERCUMA!!!! :) 

SHOWCASE POSTER 


jom sebarkan gelombang PURPLE ini kepada semua ya! dan jangan lupa.. sebagai tanda sokongan, tukarkan profile pic facebook anda dengan menggunakan poster event ini.... jom beramal bersama artis-artis nasyid Malaysia... (^_^) 


airieyahh : Insyaallah akan turut menyertai event ini... 

02 June 2011

Erti Janji