Pages

Subscribe:

Followers

22 May 2011

Majlis Pelancaran Album Berjalan Tanpa Henti

Assalamua’alaikum....


Alkisahnya nak dikisahkan di sini, pada 20 Mei 2011.. telah berlangsungnya majlis pelancaran album terbaru Devotees “BERJALAN TANPA HENTI” , bertempat di Restoran Puteri, TTDi. Persiapan majlis ini bermula seawal pagi .. (xpasti pula jam berapa ).HEHEHE.  Untuk pengetahuan semua, tarikh 20 Mei dipilih untuk majlis pelancaran ini adalah kerana Devotees ditubuhkan pada 20.05.2005,(sangat CUTE tarikh itu)..huhuu... dan 20 Mei 2011 merupakan ulangtahun keenam penubuhan kumpulan nasyeed tersebut dalam industri nasyeed. (TAHNIAH DEVOTEES!! )...

DEVOTEES
Pada majlis pelancaran album ini, Devotees tampil berpakaian seragam bertemakan “WHiTE PURPLE” (antara warna kesukaan saya) dan telah menambat hati pihak-pihak yang hadir. Majlis ini telah dikelolakan oleh pengacara terkenal iaitu Ahmad Fedtri Yanya. Ramai rakan-rakan media yang hadir untuk membuat liputan pada majlis tersebut antaranya ialah Melodi (TV3), Galaxy (TV9), DIVA (TV1), MHI ( TV3), TV Al Hijrah, Gua.com.my, Majalah Anis, Akhbar Utusan. Selain itu,kelihatan rakan – rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis ini. Antaranya ialah Inteam, Hafiz Hamidun(Inspirasi saya ni),Ito Lara(Komposer Nasyid Terkenal),Salleh Brotherz, Along Exist, Pelawak Abon, Hasbi Feelhoney, Dj Erwan IkimFm , Dj Firdausz Nasyidfm dan ramai lagi.

Selain itu, majlis pelancaran album ini juga turut dihadiri beberapa orang peminat bertuah yang telah menyertai Peraduan Devotees dan ia pastinya merupakan kenangan paling manis bagi mereka. (**ahli-ahli DEVOTEES ni sangat peramah... )

dia yang paling saya kagumi..(^_^)
**HA**
Majlis Pelancaran Album Devotees kali ini telah dilancarkan oleh En IR Ahmad Jais Bin Alias iaitu CEO Koperasi Muslimin , beserta gimik pelancaran yang unik dengan menggunakan iPAD2!.. (Hebatttttt!!!!). Devotees telah mendendangkan 3 buah lagu mereka iaitu Berjalan Tanpa Henti, Dont Walk Away dan Bersama (Akustik)...

Birthday Cake Devotees
Sebelum majlis berakhir, Devotees memotong kek sempena ulangtahun keenam mereka... (sangat sedap kek itu.. **kata Dj Firdausz). Kira-kira jam 5 petang, majlis telah berakhir dalam suasana yang sangat meriah dan havoc... 

Untuk Devotees, ALFUN MABRUK... TAHNIAH...CONGRATULATiONS!!! anda semua memang hebat... semoga Devotees terus BERJALAN TANPA HENTI dalam industri nasyeed ni... teruskan usaha mencipta lirik-lirik yang memberi inspirasi pada semua...


DJ FiRDAUSZ
Untuk melihat gambar2 sepanjang majlis ini,klik FB DEVOTEES dan FB Hasbi Feelhoney .

** CREDITED : EN MOHD FiRDAUS ZAMRi... (terima kasih) 


0 comments:

Post a Comment