Pages

Subscribe:

Followers

14 February 2011

KasaNova

KASANOVA DALAM NASYEED??

" HAHA…isu ini adalah yang paling hebat dikeutarakan kepada kami  pihak editor oleh clan dan pelajar-pelajar siswa dan siswi.Kasanova dalam penta’rifan kami ialah “ seorang lelaki yang menggunakan nasyid untuk menagih cinta kaum hawa’’. Perkara ini menyebabkan misi nasyid itu sebagai dakwah, sebagai hiburan alternatif Islamiah tergugat kerana Kasanova dalam nasyeed ini semakin ramai sejak akhir-akhir ini. Cubalah anda perhatikan di IPT-IPT sahaja, sudah tampak  kasanova ini wujud. Dengan menyertai pertandingan nasyeed tempatan, mereka melebarkan jalur kenalan dengan comittee program pertandingan yang kebiasaannya kaum muslimahnya sangat cun dan berdahi licin. Mana taknya kasanova ini akan aktif dan memulakan agendanya dengan menonjolkan kemerduan suaranya .Kalau di atas pentas itu sudah pastilah menjadi laziman kerna nama pun sudah pertandingan, cumanya peristiwa ini berlarut hingga turun dari pentas dan bertukar-tukar no.phone. Maka proses menggunakan nasyid sebagai candu bermula. Menyanyikan nasyid kepada ‘’awek’’ yang baru dikenali dari program pertandingan nasyid .hahaha..perkara ini nampak kecil tetapi awas!!! Kadang kadang awek orang pun diushanya, muka tak hensem mana kasanova ini tetapi golongan ini ayatnya sangat manis, jikalau dilhat dalam setiap pertandingan nasyid di Malaysia ini, wajahnya sangat familiar dan asyik – asyik muka dia je mesti ada di situ. Berjaga-jagalah dengan kasanova ini wahai pembaca muslimah kerna cinta mereka benar –benar mengamalkan konsep ‘’ berkawan biar seribu, bercinta biar beratus, berkahwin itu empat’’. Sampai part kahwin tahu pula nak sunnah poligami cumanya perlaksannanya memualkan minda. KasanoVa dalam nasyeed ini dah lama wujud cumanya isu ini yang dijadikan santapan dan aduan kepada pihak kami. Kepada kasanova di luar sana , cepat-cepatlah taubat! Jangan sampai ada satu lagu akan dibuat untuk anda, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’’, peribahasa Melayu yang utuh untuk anda. Bertaubatlah dan ikhlaslah dalam persahabatan, jangan mempermainkan perasaan wanita kerna kelak Allah akan membalas perbuatanmu dan ingat, golongan kamu hanya membuatkan orang tak suka dengan Nasyeed padahal komuniti nasyeed sekarang sangat gigih membangunkan nasyeed. CHOW!! " 

COPYRIGHT CONTROL :  PITO INHEART

(EHSAN FANZINE NASYID PERTAMA MALAYSIA , LOVE FANZINE)

*** Perkongsian buat semua.. Credit to Mr Pito InHeart.. thnz for sharing.. :) 

0 comments:

Post a Comment