Pages

Subscribe:

Followers

21 January 2011

~Aidil Nasyeed Group~

Salam Jumaat everyone.... :)
Memperkenalkan...Aidil Nasyeed Group.. (diperkenalkan kepada yang masih belum mengetahui kewujudan mereka) dan pada yang sudah pernah mendengar tentang mereka.. teruskan menyokong mereka dalam industri nasyid Malaysia. :)
AIDIL NASYEED GROUP
Ditubuhkan pada tahun 2001,mereka dikenali dengan nama IDEAL..Pada ketika itu, Ideal popular menerusi lagu SEMBAHYANG dan BUKALAH HATIMU melalui album pertama mereka pada 2004 yang dihasilkan di bawah label Rock Records dan dipasarkan melalui Universal Music. Selain minat,kehadiran kumpulan nasyid yang dianggotai oleh lima anak muda yang berasal dari Melaka ini adalah untuk memeriahkan lagi warna-warni industri nasyid tanah air.


dari kiri - Jasminor , Hafrul (depan), Fadzli (belakang) , Shah (belakang) , Syamsul
Setelah beberapa tahun menyepi, kini mereka kembali mewarnai dunia nasyid dengan penampilan yang serba baru, pertambahan ahli baru serta konsep dan irama lagu yang lebih segar. Kini, IDEAL tampil memberi kelainan melalui proses "rebranding" ataupun penjenamaan semula dengan menggunakan nama AIDIL, dan berada di bawah pengurusan baru iaitu Arteffects Production milik komposer yang sedang meningkat naik- Hafiz Hamidun.


Single pertama mereka berjudul CUBA telah mendapat perhatian peminat nasyid sehingga berjaya menjadi juara carta nasyid di radio nasyid IKIM.FM-pilihan utama selama tiga minggu berturut-turut. Lagu tersebut adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun. Selain itu, satu lagi lagu mereka iaitu KU YAKIN BERLAKU juga telah memasuki pencalonan baru untuk undian di carta ikim. Untuk album, sehingga kini 6 buah lagu telah siap dirakamkan dan baki beberapa buah lagu yang masih dalam proses rakaman. Nantikan album mereka yang akan dipasarkan tidak lama lagi. 


*** Cara untuk mengundi lagu-lagu di CARTA IKIM.FM ... 


1) pilih LIMA (5) lagu berlainan daripada senarai
                 - lagu dalam carta dan/atau 
                 - lagu pencalonan baru

2) hantarkan undian anda ke email cartaikimfm@hotmail.com 





*** SILA KLIK PADA BOLD WORDS UNTUK MENGETAHUI INFO-INFO LANJUT. TERIMA KASIH... :) 

0 comments:

Post a Comment