Pages

Subscribe:

Followers

29 November 2010

MAAF

Assalamua'laikum....

Entry kali ni.. MAAF.. sama ada memberi maaf atau memohon maaf..yang pasti.. kemaafan mampu memberi sejuta ketenangan. Seringkali kita mendengar bahawa kemaafan adalah sebuah dendam yang terindah . Namun.. sedarkah kita.. masih ada lagi yang tidak sanggup memberi kemaafan atau memohon maaf. Egoiskah mereka? Dan andainya tiada kemaafan.. jalan menuju kejayaan amat payah dilalui..

Rasa marah.. sakit hati.. kecil hati.. dendam akan sentiasa hadir. Syaitan akan sentiasa menghasut. Tapi hilangkan semuanya dengan memberi kemaafan.Kadang - kadang memang sukar melakukannya.. tapi tidak salah untuk mencuba.. Ya!!~ Mulakanlah hari ini.. Pintalah kemaafan terutama dari ibu ayah.. adik beradik .. sanak saudara.. sahabat handai..mahupun insan-insan yang berada di sekeliling kita. Biarkan titis air mata mengalir tatkala maaf dipinta mahupun diberi. Biar air mata itu menjadi saksi terlerainya sebuah dendam.. Berilah peluang pada diri sendiri untuk menikmati hidup ini tanpa dendam.. tanpa kecil hati mahupun amarah. Dan yang paling penting.. pohonlah keampunan dari Sang Pencipta. Kerana Dia Maha Pengampun. 



Jadilah seorang yang pemaaf.. kerana memaafkan itu sangat indah.. mampu meringankan beban di hati. Menceriakan kehidupan sehari... Anda mampu melakukannya!!!~ 



p/s : memohon sejuta kemaafan dari semua.. semoga ukhuwah yang terjalin ini mendapat redha dariNya.. :)

~~ Selami jiwa.. rawat rohani.. perkasa peribadi... ~ ( Dato Dr Fadzilah Kamsah )



0 comments:

Post a Comment